cutecupcakes :)

*Disclaimer



Hello and Welcome my kawan blogging(s)
DAISY MICHIKO , anak yang bijak dan indah

Be nice here, follow please!! :)



The Cbox


♦ URL blog wajib ade not email
♦ Harsh words & Anon not allowed


Credits


This skin is made by : Mrs. AF
Some helped from :
Ayesha
Some coding from :
Syarah
Using basecode :
SyaSyakimsyasya

All rights reserved ® Azween 2012 - 2016


bawa kucing naik bus ekspress. emm boleh ke ?


07 December 2016 9:29 AM 0 Atashinci(s)


Asalammualaikum dan selamat pagi. Hari ni aku rajin nak menulis sebab hari tu puas tanya encik google boleh ke tak nak bawak balik kucing dari Kelantan ke Kuala Lumpur naik bus. Tapi still tak dapat jawapan. So, minggu lepas aku rasa macam nekad nak bawak balik si Michi ni balik KL sebab biasa lah housemate tak suka dia and ada beberapa problem kan. Duduk serumah macam-macam lah kerenah. So aku pun pergi lah kaunter tiket bus Mutiara tu tanya. Kak bulih ko nok bawok kucing naik atah bus ni. (biasa lah duk klate kena kecek klate lah. ye dok?). Akak kaunter pun tanya lah, ada carrier tak, bekas berak ke tak and macam-macam soalan lagi. Aku pun kata lah ada carrier dia and masa pergi vet pun Dr. Vet nasihat puasa kan dulu sebelum naik bus (kucing pun kena puasa :p). So, dia takkan berak lah. Ada juga yang kata ikut atas driver bus, ada yang bekeng po rima tak bagi. Ada yang baik dia bagi. Actually kat kaunter tu ada dalam 4 orang pekerja, so diorang berbincang sesama sendiri lah tu. Hee. So bila aku dengar akak sorang lagi tu cakap atas driver bus aku pun mula kerisauan disebabkan banyak kali aku naik bus, mostly dapat pakcik-pakcik driver yang annoying dan kerek . huhuhu (based on pengalaman). Tapi aku still tanya confirm kan boleh ni naik bus. Akak tu gelak je and cakap in sha Allah. Aku pun beli lah tiket.

Hari kejadian (hari bertolak) - inilah saat mendebarkan. The nervous part ever. HAHAHA !! Pergi nak naik bus tu hujan lebat kot. Gigih tau bawak Michi dalam carrier dia redah hujan. Paling kelakar, nak naik kereta pun tak boleh sebab depan rumah banjir. Tapi naiklah jugak , hahaha . Bus 8.30, pukul 8.00 dah terpacak kat stesyen bus, nervous campur excited nak balik punya pasal . hehehe (jumpa ma ayah siapa tak excited kan :p). Tepat 8.25 bus sampai dan aku pun sengih-sengih macam kerang busuk pergi kat bus tu. Belum aku bukak mulut, aku hulur tiket. Sorang lagi driver tu tanya "ado gapo dale tu". HAHAHAA , aku sengih lagi cakap ada kucing, boleh tak nak bawak naik kucing. heee (sengih-sengih dalam hati tuhan je tahu bertapa nervousnya aku). Lepat tu pakcik tu kata, haa boleh pastikan tak berak lah and bla bla bla (membebel panjang). aku time tu macam nak melompatlah suka (tapi aku masih waras) . heheheheh akhirnya Michi welcome to Kuala Lumpur. hehehhe.

Atas bus Michi of course memang tak berak sebab dia kan puasa. hehehe . Tapi ada lah sesekali aku dengar dia mengeow kuat mungkin sebab boring kan duduk dalam carrier. Aku intai kot atas lubang tu, dia sibuk nak keluar dari carrier dia, aku memang tak bagi sebab jenis Michi ni kalau dah terlepas memang susah nak tangkap. one more thing, Michi bukan jenis kucing yang bunyi mngeow kuat. so that's why berani bawak dia. dengar dia mengeow sikit-sikit je. macam kabur-kabur gittew bunyi dia. Kalau kucing korang bunyi kuat better bagi ubat tidur terus sebelum naik bus. bukan apa risau mengganggu orang lain je. heee. silap-silap pakcik bus halau keluar pulak . hehehe . So for conclusion memang boleh bawak kucing tapi kena bagi puasa and ubat tidur untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. And finally Michi coming home and berkawan dengan sekor lagi Kiki kat rumah. hehehhee .

mroooooninggg


20 January 2013 8:29 AM 0 Atashinci(s)


asalammualaikum dan salam sejahtera , good mrooning , indah pagi ni dengan kicauan burung , menenangkan jiwa ,  hari ni tiba2 mimpi online di pagi buta ? sebabnya ? kan tak elok tidur lepas subuh , sedangkan waktu ini adalah waktu untuk mencari rezeki seperti sabda di bawah , so elakkan tidur selepas subuh dan asar , walaupun memang time tu nikmatnya tidur kan :)

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah S.A.W ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Ibn Qaiyim menambah:

“Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).”

jum lakukan solat dhuha time ni , kan pintu rezeki terbuka luas ketika ini kan ? :) klik sini untuk info solat dhuha .

solat dhuha dan kelebihannya


08 November 2012 10:05 AM 0 Atashinci(s)


asalammualaikum muslimin dan muslimat , sekarang adalah waktu dhuha , jum tunaikan solat dhuha , sesungguhnya pintu rezeki terbuka luas ketika ini , waktu nya ketika matahari sedang menaik anggaran pukul 8.00am sehingga 11.00pm , taktahu solat dhuha ? mudah dan senang :)

yang pertama mestilah niat , niat nya seperti di bawah okay :

lepas tu sembahyang 2 rakaat macam biasa , rakaat pertama baca al fatihah dan surah al-syams (jika tak hafal baca surah lain pun takpa) , surahnya seperti dibawah ni :

rakaat yang kedua sama juga seperti di atas , baca surah al fatihah dan juga surah dhuha (jika tak hafal boleh membaca sura lain) , surahnya seperyi dibawah ni :


selesai sudah , ini pula doanya :


KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA 
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى
” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher
P/S : semoga kita istiqamah melakukannya insya-Allah akan terampun dosa kita , sesungguhnya Allah Maha Pengampun dosa hambanya :)

cinta Allah itu hakiki


15 April 2012 6:39 PM 0 Atashinci(s)

cantik kan taman tu ? kalau aku dapat pergi ke taman tu mesti best . tapi hakikat aku hanya dapat tengok gambar je . huhu . sesungguhnya aku rindu nak berblog kerana dah lama tak update lebih kurang 2 minggu kot sebabnya menenangkan diri yang tak tenang . hihi .bukan tak tenang lebih kepada sakit hati yang sebenar-benarnya dekat kawan yang ibarat kacang lupakan kulit tu . yelah mana tak nya , bila time susah merayu-rayu bagai dengan aku mintak tolong , bila aku dah tolong bagai semua haram jadah tuu , terus kau lupakan aku kan ? massage tak call apatah lagi . aku tak tahu lah apa masalah kau yang sebenar-benarnya . haha . dan hutang kau pun kau buat-buat lupa je dengan aku kan , hmm untung lah ada makwe terus lupa kawan . untung sangat lah kan . lupakan pasal kau . special quote for today :)
APABILA DIRIMU MEMINATI SESEORANG , BERMOHONLAH KEPADA ALLAH AGAR HATINYA AKAN KAMU MILIKI . JIKA KAMU MENGINGINKANNYA DENGAN SEBENAR-BENAR KEINGINAN MAKA BERMOHONLAH DENGAN SEBENAR-BENAR HARAPAN . JANGAN SESEKALI KAMU MERAYU PADA SI DIA KERANA BICARANYA AKAN MEMBUATMU TERLUKA APABILA HATI DIPERSENDA , PASTI SEBUAH KEKECEWAAN AKAN MENERPA . NAMUN , JIKA DIRIMU MEMOHON TERUS MEMOHON KEPADA ALLAH , PENCIPTANYA , DUA KEMUNGKINAN SEDIA MENANTI KAMU , IAITU MUNGKIN DIRIMU MENDAPATKAN HATINYA ATAU MUNGKIN KAMU AKAN MENDAPAT SESEORANG YANG LEBIH BAIK DARINYA .